BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project
User
Cikgu Mariyani
User since February 2018
Not contributed to any projects and created 1 project
Cikgu Mariyani has not contributed to any project yet.

Nama penuh saya Mariyani binti Haji Chik dan mula mengajar pada tahun 1997 di Besut, Terengganu. Pengkhususan saya ialah Bahasa Inggeris. Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru pengajar sehingga tahun 2013 dimana saya telah ditawarkan jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikum di daerah Pendang iaitu di sekolah sekarang SK.Pokok Tai.

Memegang jawatan sebagai seorang Penolong Kanan Kokurikulum berbeza dengan tugas saya sebelum ini dimana lebih 80% masa saya dihabiskan untuk mengurus hal-hal berkaitan sukan di sekolah saya. Adalah agak menyukarkan bagi saya dari sudut kewangan memandangkan banyak aktiviti sukan harus disertai pihak sekolah namun bantuan kewangan yang disalurkan oleh pihak kementerian adalah begitu sedikit dan terpaksa pula diagihkan untuk banyak aktiviti sama ada dari segi sukan dan akademik.

Walaupun sekolah saya kecil dan mempunyai bilangan pelajar yang tidak begitu ramai iaitu 444 orang murid dan seramai 34 orang guru sahaja, namun sekolah kami mempunyai bakat sukan yang cemerlang di mana setiap penyertaan pasukan kami di bidang sukan membuahkan hasil yang membanggakan seperti kejayaan di dalam pertandingan Bola Baling, badminton, Kejohanan Balapan dan Padang, Catur, Ping Pong, Bola Tampar diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kejayaan di dalam sukan bola baling amat membanggakan walaupun kami tidak mempunyai spesifikasi ukuran padang bersesuaian untuk pertandingan. Bakat yang ditonjolkan oleh murid-murid SK.Pokok Tai tidak harus diabaikan kerana mereka berbakat besar dan mampu untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Saya terpaksa mengorbankan duit poket sendiri untuk pasukan saya menyertai ke perlawanan persahabatan apabila duit yang diperuntukkan kepada sekolah sudah habis dan apabila perlawanan ini berlaku pada hujung tahun. Saya berusaha untuk tidak mematahkan semangat jurulatih sekolah yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan pasukannya.

Secara keseluruhannya, kekangan kewangan yang pihak sekolah kami hadapi merupakan faktor utama kepada kami dalam memastikan pasukan bola baling kami lebih berjaya ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam usaha mewujudkan lebih ramai pelapis didalam sukan bola baling. Saya yakin sekiranya masalah kewangan ini dapat diselesaikan sekolah kami akan berjaya mewujudkan pasukan sukan-sukan lain seperti ping pong dan badminton. Hal ini kerana sekolah kami telah meraih sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Ping Pong peringkat daerah baru-baru ini.